Saturday 12 November 2016

Kenangan sekolah rendah

Kenangan pada zaman bersekolah rendah.

Tak banyak sangat kenangan yang saya nak ingat. Tapi ada satu kenangan yang merubah segala kehidupan saya sehingga sekarang.

Saya bukan tergolong dalam pelajar pintar masa sekolah rendah. Kalau dalam kelas ada 40 orang, selalunya saya akan dapat nombor 35 ke atas. Tapi masih lagi dalam kelas A, tak pernah turun kelas B.

Bila kita tau bukan dalam golongan pelajar pintar, perasaan rendah diri tu memangla wujud kan. Sentiasa rasa tersisih dengan sendiri.

Dah memang masa sekolah rendah, tak pernah kenal erti nak membaca buku. Ada periksa ke tak de periksa ke, sama je. Teruk betul kan.

Bapa saya meninggal masa saya darjah 4, mak saya yang menanggung kami sekeluarga dengan berniaga. Abang abang semua masih belajar masa tu. Masing masing uruskan diri sendiri.

Masa saya dapat result Penilaian Darjah 5, hanya dapat 1A4B. Lepas tu kawan saya nama S ajak pergi lepak rumah dia. Kami dalam 5 orang semuanya seingat saya.

Bila mak S tanya saya dapat berapa dan saya bagitau dapat 1A aje, tanpa berlapik, mak S cakap kat saya ' kenapa bodoh sangat?'. Hah korang kalau dengar, apa korang buat atau apa korang punya reaction.

Sampai sekarang saya ingat skrip tu dan memang ia menjadi penguat semangat untuk saya berjaya. Menyakitkan tapi ..... Alhamdulillah. Dapat masuk sekolah berasrama, dapat pergi universiti..




No comments:

Post a Comment