Wednesday 14 December 2016

Amalan Doa dan Zikir Pembuka Rezeki Untuk Bisnes Maju

Buat bisness ni, memang hanya pada Allah sahaja saya bergantung harap. Dalam apa jua keadaan. Takde sale, sale banyak, stress, penat.

Siapa lagi yang boleh kita mengadu. Sebab Allah itu maha penyayang. Dia nampak usaha dan penat lelah yang kita dah buat.

Maka sebab itulah saya sentiasa bersangka baik pada Allah. Tidak cepat melatah. Yang penting sentiasa meminta dengan bersungguh sungguh.

Saya selalu berfikir, siapa yang gerakkan hari prospek untuk call bertanyakan pasal shaklee. Kalau ikutkan ramai je pengedar shaklee kat kawasan saya ni. Maka sudah pastilah Allah yang gerakkan hati mereka kerana itulah bahagian rezeki saya.

Saya nak jadikan pengalaman master salwa yang betapa tingginya pergantungan beliau hanya pada Allah. Moga saya juga boleh melapangkan dada dan berserah hanya pada Allah.







No comments:

Post a Comment