Monday 5 December 2016

MY BIG WHY : Kenapa Saya Kena Buat Bisnes Shaklee Sampai Berjaya

Setiap orang ada BIG WHY dalam hidup.

Kalau tak ada, kena adakan. Kalau dah ada, kena letak target betul betul dalam masa berapa lama boleh direalisasikan target tersebut.

Saya berbisness shaklee ni sebab ada target dalam hidup untuk saya capai. Jadi usaha perlu lebih dan sanggup berkorban masa dan tenaga. Wahhh hebat sangat bunyi tu..hi hi

Betul. Inilah peluang yang telah terbentang depan mata saya untuk saya melangkah ke hadapan dengan azam dan tekad untuk berjaya.

Nak tahu apa BIG WHY saya berbisness shaklee?

1. Saya nak berhenti kerja. Paling lambat tahun depan. Ini target yang saya dah set sejak tahun lepas. Masa saya set target ni, tak plan apa pun.

Rasa macam cukuplah saya habiskan masa saya berbelas tahun bekerja makan gaji. Pahit manis masam masin semua saya dah rasa sepanjang bekerja. Belum lagi dengan politik kat opis..ohhhh muak sudah..

2. Saya nak jadi suri rumah sepenuh masa tapi masih lagi mempunyai income sendiri.
Jadi saya tak akan membebankan suami saya jika saya nak pegi shopping. He he.. ini masalah yang perlu dikikis perlahan lahan.

Saya juga mempunyai aset sendiri. Jadi sendiri mau ingat la hutang bank kena bayar. Mungkin kalau dah income 5-6 angka, boleh tambah aset baru. Aset yang sedia ada kena kekalkan dengan harga property yang mencanak naik kat klang valley ni.

3. Saya nak mempunyai masa yang banyak dengan anak anak. Sakit demam saya boleh jaga tanpa perlu minta cuti dari bos. Bos saya pun dah jeling semacam tu kalau nak emergency leave. Pagi ni pun anak muntah muntah 😭😭😭.

4. Saya nak join activity ngo dengan lebih aktif. Seronok tengok geng geng fb yang memanjang ada masa dan kewangan boleh menggerakkan group ngo mereka dengan memberi senyuman dan kelegaan kepada ramai orang. Ini passion saya semenjak dah masuk 4 series ni.

5. Saya tak mau mempunyai kekangan kewangan jika ada bantuan diperlukan. Tak salah kita mempunyai wang yang banyak. Tapi kena pandai salurkan ke tempat yang betul.

Ini target yang saya perlu capai tahun depan. Doakan agar ianya dipermudahkan oleh Allah. Saya tahu Allah dah lorongkan saya untuk berbisnes Shaklee kerana inilah yang sentiasa saya doakan. Sebab tu saya bersungguh sungguh dengan bisness shaklee ni sampai berjaya.

Jika korang juga mempunyai BIG WHY yang sama dengan saya, jom kita sama sama kembangkan bisness ni. Masih ada masa untuk bermula.

012-9279307





No comments:

Post a Comment