Friday 9 June 2017

Kenapa Kena Jaga Makan, Bersenam dan Makan Supplemen

Kat Malaysia ni banyak sangat makanan yang sedap sedap. Nak nak kalau bulan puasa kan. Macam macam makanan ada dijual kata pasar ramadhan. Dengan kuih taik itik, jala mas, murtabak singapore. Amacam, dapat bayangkan tak.

Tapi kena ingat ye, jangan pulak bila dah telan macam macam makanan yang manis dan berminyak tu, tiba tiba rasa bersalah kat badan sendiri. Terus telan supplemen dengan harapan boleh buang segala kolesterol dan toksin dalam badan.

Life style yang sangat bagus dan perlu diikuti adalah makan makanan seimbang. Maksudnya pernah tak nampak piramid makanan yang selalu kita tengok kat tv atau kat hospital.

Group makanan yang macam mana yang perlu dilebihkan, dan group makanan yang macam mana perlu dikurangkan.

Dah tu kena jugak bersenam. Jangan ingat jaga makan je cukup. Nehe nehe.

Pernah dengar tak tulang kita ni lagi banyak aktiviti fizikal yang kita lakukan, tulang kita jadi makin kuat. Bukan makin mereput ye. Sebab tu orang yang selalu kerja duduk depan pc je dan kurang bersenam cepat sakit belakang.

Bila dah makan makanan seimbang dan bersenam, barulah boleh tambah dengan suplemen. Kenapa? Sebab nak tambah lopong lopong vitamin yang kurang kat badan tu.

Bila dah makan makanan seimbang, harus sentiasa ingat, sayuran dan juga binatang ternakan zaman sekarang dah tak macam dulu.

Walaupun kita kata makan sayur organic, tanah untuk menanam tu dah penuh dengan toksid. Belum lagi dikira dengan air untuk menyiram tanaman. Takkan lah mereka siram dengan air tapis kot.

Binatang ternakan terutamanya ayam, semua dah tahu ayam memang disuntik untuk mempercepatkan proses pembesaran. Kita telan jugak.

Tambahan lagi dengan kita jugak terdedah dengan persekitaran tak sihat yang boleh merosakkan sel sel badan. Macam asap kenderaan, asap kilang, asap rokok dan macam macam lagi lah.

Bukannya saya suruh tanam sayur dan ternak ayam sendiri. Kita dah tau memang tak mampu nak buat semua tu.

Bila kita dah makan makanan seimbang, dan bersenam secukupnya paling kurang 3 kali seminggu dengan masa setiap senaman 30 minit, maka kita tambahkan juga dengan makan supplemen untuk lengkapkan keperluan badan.

Semoga kita semua sihat selalu.

#tsunamishaklee
#pengedarshakleeampang
#pengedarshakleekajang

No comments:

Post a Comment