Wednesday, 6 September 2017

Tips Bekerja Dalam Satu Team

Hari ni saya nak kongsi sikit tips bekerja dalam satu team. Agak penat bila jadi team leader ni sebenarnya.

1. Jangan bertangguh. Setiap kerja yang diberi kena siapkan. Kalau tak tau, kena tanya. Jangan biar bila dah nak sampai date line, baru terhegeh hegeh mintak tolong. Memang sentap.

2. Kreatif dalam menyelesaikan masalah. Memang kena ikut proses dan jugak procedure. Tapi jika sesuatu urusan itu boleh di permudahkan dan tidak langgar procedure, silakan.

3. Jangan cakap belakang. Tak puas hati, berterus terang. Masalah tak selesai kalau takde jalan penyelesaian.

4. Jangan disebabkan nak memudahkan kerja, kau langgar semua. Macam masak kari tapi tak letak garam. Kan kerja tak siap tu. Kena panaskan semula lauk, pastu kena letak garam. Ni namanya buat kerja 2 kali.

5. Bila buat kerja, pikir kesan kesannya. Jangan asal siap je buat kerja. Quality kelaut.

Sekian sentapan rasa pada tengah hari ni.